Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca2 yang dikasihi sekalian.
Keluarga sangat penting dalam hidup kita kerana tanpa ibu dan ayah, kita tidak akan ada didunia ini. Alhamdulilah, kami sekeluarga masih sihat dan bahagia.
Hari ini saya akan menceritakan tentang keluarga saya yang tercinta. Keluarga saya tidaklah kaya dan miskin, keluarga saya merupakan keluarga yang sederhana. Saya mempunyai 3 orang adik-beradik. Saya merupakan anak ke-2 dan saya mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Saya berasal dari Kluang, Johor Darul Takzim.
Antara adik-beradik saya, saya seorang sahaja yang aktif bersukan dari darjah 4. Mak dan ayah saya sentiasa sokong saya dalam bidang sukan dan pelajaran. Dalam sukan mak dan ayah sangat prihatin dalam kejohanan dan peralatan sukan saya. Bila saya ada kejohanan family saya datang dan memberi sokongan kepada saya. Tidak lah setiap game family saya datang. Hanya kejohanan yang dekat sahaja. Kerana ayah saya tidak sihat. Pada 2017, saya dapat
menyertai Sukan Sea Game Malaysia. Walaupun saya tidak dapat pingat tapi saya gembira mak ayah dan adik saya datang lihat saya game. Mereka lah semangat saya dunia akhirat.
Puasa dan Hari Raya adalah hari yang saya tunggu. Kerana dapat kumpul satu family, sedara-mara dan berbuka puasa sama-sama, pergi ke bazaar ramdhan sama-sama dan kami family membeli baju raya yang sama warna setiap tahun. Barulah matching di pagi raya. Hehehe.
Saya berharap keluarga kecil kami ini akan berkekalan hingga ke jannah, sentiasa bahagia, dilimpahi rezeki dan sihat sejahtera serta berada dalam lindungan-Nya.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment