ULASAN BAB 6 (BLOG DI DALAM KELAS BAHASA) BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL
Assalammualaikum, salam
sejahtera kepada semua pembaca2 yang dikasihi.
Hari ini, saya akan
membuat ulasan tentang Bab 6 iaitu blog di dalam kelas bahasa. Dalam bab 6 ini
menerangkan tentang cara-cara membuat blog yang menarik dan ia menerangkan juga
apa itu blog. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog ini merupakan satu medium
perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.
Blog ini juga boleh
digunakan untuk kegunaan peribadi, diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan
perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Menurut Li &
Chignell (2010), sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi,
blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain.
Blog ini bermula atas talian pada tahun 1991 dalam World Wide Web sebaga mod
kongsi maklumat.
Melalui bab ini juga
menerangkan kajian tentang blog. Keutamaan teknologi di sekolah dan universiti
tidak menghadkan kepada alat pembelajaran tertentu. Mereka bersedia untuk
menggunakan teknologi baharu bagi mempelajari saluran yang baharu (Saeed et al.,2009).
Blog juga merupakan
alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna seperti menyusun
maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran
daripada orang lain, belajar sesuatu daripada orang lain, bertanggungjawab
terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam
penulisan.
Dalam penulisan blog
ini juga, penulis mestilah berhati-hati dalam menulis blog. Teori Lakoff
(1975), terdapat perbezaan bahasa di antara lelaki dan perempuan. Terdapat lima
ciri bahasa, iaitu unsur kesangatan, unsur penegas, penambahan soalan, kata
sifat ‘kosong’ dan kata keterangan.
Normaliza Abd Rahim
(2014) telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah
tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang
dapat menarik hati pembaca, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk
membuatkannya lebih menarik, memastikan terdapat hujah terbaik untuk
menghuraikan penulisan anda, kaitkan
penulisan anda dengan berita terkini, gunakan perkataan dan struktur
ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, dapat berkomunikasi dengan
pembaca, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda dan berilmu
untuk penulisan pendidikan.
Kesimpulannya, menulis
blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis.
SEKIAN TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment