Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019:Close-Up (Galaxy Production)


Assalammualaikum, Salam Sejahtera kepada semua warga pembaca yang menunggu perkembangan didalam blog ini. Hehehe. Tugasan kali ini, kami membuat tugasan Asas Fotografi untuk minggu keempat. Tugasan yang pertama iaitu Close-up dan ia terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah Close-up manusia dan yang kedua ialah Close-up bukan manusia. Kami hampir keliru gambar close-up dan mug shot. Dan akhirnya kami dapat juga selesaikan masalah ini dengan sempurna. 

Close-up Manusia


Pada gambar pertama, tak puas hati betul Anis, takda yang nak belanja makan ke tengok wayang ke?  Meh sini datang mall belanja Anis makan tengok wayang. Hehehe


Pada gambar kedua ini adalah Farhan. Beliau sedang merenung masa hadapan untuk jadi seorang pelawak yang profesional tapi tidak kesampaian kerana beliau bukanlah seorang pelawak tapi beliau adalah seorang yang kuat berangan. 


Gambar yang ketiga ini adalah Ezatty. Zaty ingin jadi seorang penyanyi, akan tetapi lesung pipit Zaty telah menganggu dia untuk nyanyi kerana lesung pipitnya terlampau mahal untuk membuka mulut. Malahan nak makan pun dia tidak boleh kerana takut lesung pipitnya jatuh kedalam makanan.  


Close-up Bukan Manusia

Ini adalah gambar-gambar Close-up bukan manusia. Kami telah bersetuju untuk mengambil gambar kucing, kerana kucing-kucing ini sangat dengar cakap bila kami ingin mengambil gambar. 

 Ini adalah Maria. Telinga dia sangat unik dan mata dia sangat cantik. Kenapa kaki Maria macam sebabnya Maria baru lepas exercise dan kakinya telah cramp disebabkan terlebih agresif membuat exercise. 

Ini adalah Ozzy. Dia sangat sedih kerana kawan-kawanya bebas bermain di luar dan dia hanya terkurung di dalam sangkar yang sepi dan sunyi itu. Dulu aku sendiri, kini masih sendiri, hadapi hidup ini. 

Dan ini adalah Mario. Dia bukanlah adik-beradik Maria di gambar atas itu. Tapi mereka adalah musuh dan gangster dikalangan kawan-kawan mereka. Mario menjelir lidah kepada Maria yang sedang exercise untuk kuruskan perut dia. Hahaha. 







No comments:

Post a Comment

Popular Posts