Sunday, 22 December 2019

BBM3410SATU2019 - TEMPAT


T E M P A T

Assalammualaikum , Hi. 
Tempat?? Sepanjang kami nak menyiapkan tugasan Multimedia dalam Bahasa ni kami ada buat di sekitar UPM. Antaranya Bukti Expo UPM, sebabnya dekat bukit expo ni pemandangannya sangat lah menarik dan cantik. Ada tasik, taman, landasan KLIA Transit dan loji lama. 
Selain itu, kami pergi mall yang berdekatan dengan UPM, iaitu IOI City Mall, Putrajaya. Dekat IOI ni tipu lah tak ramai budak UPM. hahaha. Di IOI ni kami banyak shoot video atau ambil gambar makanan dekat IOI je. Banyak juga lah pelbagai jenis restoran yang tengah viral sekarang ni. hahaha. Jadi kerja kami sambil makan, sambil tu lah kami makan. HEHEHE. Siapa yang tak suka makan kan. 
Selepas itu, kami shoot di mall jauh sikit lah, di Sunway Velocity. Kat sini pun kami shoot video makanan. HAHAHA. Again makan lagi dan lagi 😂 
Rasanya itu sahaja kot tempat yang kami pergi bagi nak menghasilkan video dan gambar yang mantap bagi tugasan Multimedia dalam Bahasa. 


BBM3410SATU2019 - KALENDAR


KALENDAR 2020

Assalammualaikum and Hi.
Di kelas amali aku kena belajar guna Adobe Photoshop, so kena ler pergi download kan. So lepas dah settle download apps tu, belajar buat kalendar untuk 2020 memandangkan dah nak berakhirnya 2019, huhuhu, jadi kena lah buat kalendar untuk tahun 2020. Mula2 tu agak sedikit susah jugak lah, but lama2 dah okay sampai naik juling mata ni woii crop gambar, nak kasi perfect and kemas punya pasal. Kata2 semangat pun kena letak. 
Alhamdulilah, syukur siap jugak kalendar ni. Puas hati. And paling penting dapat balik kalendarnyaa. hehehe. So dahboleh bawak balik kalendarnya, letak di rumah. hehehe. 
Terima Kasih En Akmal dan Prof N 😊😎















Saturday, 21 December 2019

BBM3410SATU2019 - SUBSCRIBED & FOLLOW INSTAGRAM


Saya sudah SUBSCRIBED channel youtube Prof. Anda bila lagi? huhuhu


BBM3410SATU2019 - Minggu 12 Instagram


INSTAGRAM

Assalammualaikum warga blog. Tugasan instagram iaitu EMOJI dan SWAFOTO bersama PROF.

1. E M O J I



2. Swafoto bersama Prof.


Bukti Prof Komen & Like.



BBM3410SATU2019 - Minggu 11 Instagram


Instagram.

Assalammualaikum warga blog. Tugasan instagram pada kali ini tentang IBU dan Keberkatan.

1. Instagram 1 (IBU)


 



2. Instagram 2 (KEBERKATAN) 
Bukti Prof Like. 






Tuesday, 17 December 2019

BBM3410SATU2019 - Minggu 10 Instagram



Instagram.

Assalammualaikum warga blog. Tugasan instagram pada kali ini tentang Kelegaan dan Kegembiraan. 


1. Instagram 1 (Kelegaan)


Bukti Prof Like hehehe.


2. Instagram 2 (Kegembiraan)


Bukti Prof Komen & Like 😊💕



BBM3410SATU2019 - Minggu 9 Instragram


Instagram.

Assalammualaikum warga blog. Tugasan instagram pada kali ini tentang Ketenangan dan Keredhaan. 

1. Instagram 1 (Ketenangan)
Bukti Prof like gambar. Hehehe 😊

   
                       



2. Instagram 2 (Keredhaan)
Bukti Prof like gambar. hehehe

         


Monday, 16 December 2019

BBM3410SATU2019 - VLOG MAKANAN


Vlog Makanan.
Kali ini tugasan yang kami buat pasal vlog pergi makan. hahaha. Siapa je kan yang tak suka makan kan. So jangan terliur ye.
Selamat menonton. hahaha.


BBM3410SATU - Ketika dan Kalimat Satu 2019


Ketika dan Kalimat Satu 2019.

Assalammualaikum semua. 
ALHAMDULILAH, berakhir sudah kelas Multimedia dalam Bahasa bagi semester ni. Habis juga untuk sem ni. Tahun depan Latihan Industri. takutnyaa uhuk uhuk. Banyak cabaran yang saya tempuhi selama 4 tahun ini. Kadang2 give up jugak nak sambung belajar. Tapi sebab pikir mak ayah family. Hm sis teruskan juga dengan bantuan kawan2 yang always support saya, tolong saya bila saya taktahu @ tak faham. Then, pembahagian masa belajar kelas dan training, sangat mencabar. Kalau tak pandai bahagi masa belajar dengan training, comfirm kelaut ler training. Walaupun sem akhir ni busy je dengan fyp nya, assignment tiap2 minggu, training pun jarang turun. Hmm. Sis redha walaupun ada yang dengki dgn sis. Tiber. Hahaha. Dah nak konvo tahun depan ni, insyaallah sis comeback balik. Fightinggg!!

Lepas tu kan nak cerita pasal subjek Multimedia dalam Bahasa ni mencabar jugak. huhuhu. pesanan Prof. sangat lah berguna. Sebabnya nak masuk kelas Prof kena sebelum pukul 10 sebab pukul 10 tepat dah start belajar. huhuhu. So kena DISIPLIN!! TEPATI MASA!! itu penting guys. Assignment tiap2 minggu eak. Kena rakam video lah, amik gambar lah, macam2 lagi lah kena hadap. huhuhu. Tapi makin lama, jadi minat plak rakam2 video, jadi pelakon lah. hahaha. Seronok sebenarnya tapi tulah kena hadap assignment prof tiap2 minggu. So sis is REDHA. hahaha. Banyak juga ilmu yang prof sampaikan pasal multimedia. And kelas amali plak, belajar cara gunakan Adobe Photoshop. Dalam kelas amali ni banyak jugak lah belajar benda baru. Contohnya baru2 ni kami belajar buat kalendar sendiri!! Oh yahhh. Actually amik kelas ni sebab nak cukupkan kuota subjek luar jabatan. hahaha.  Tidak lupa jugak kepada groupmates saya, farhan dan ija. hehehe. Kami 3 orang je dalam group tu yang lain semua 11 @ 10 orang. Sebabnya hanya kami 3 orang je dari jabatan komunikasi. HAHAHA. Jadi kami REDHA je lah. Struggle jugak lah kami nak hasilkan video yang mantap. hahaha. Tapi alhamdulilah, walaupun kami 3 orang je, kami dapat juga hasilkan video dan kami sangat2 lah puas hati dan lega. Oh tak lupa juga kepada nana, terima kasih bantu kami hasilkan video yang mantoppp!! HAHAHA. Jasamu dikenang. Cakap pasal nana ni, hahaha sem akhir ni dia banyak juga lah bantu saya dalam assignment, fyp, viva. hahaha. Terima kasih sangat2 NANA!!! Tak lupa juga kepada Izzati Suhaimi, Kak Teot, Faradilla and kawan2 yang lain. Terima kasih banyak2, terima kasih banyak tolong anis, susah senang anis, anis hargai sangat2!!

Akhir kata, TERIMA KASIH Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, ahli GALAXY PRODUCTION (Farhan dan Ija) serta kawan-kawan JABATAN KOMUNIKASI. haih. Tiba-tiba rasa sedih plak nak habiskan zaman ijazah. uhuk uhuk. Lagi seminggu je nak habis semester, lepas ni intern, habis intern KONVO.
Semoga dipermudahkan. AMINN..





Sunday, 15 December 2019

BBM3410SATU - VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)


VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)

One Shot 3 Layer - SAYA TAHU
Lagu yang dicipta sendiri oleh Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim yang bertajuk Saya Tahu. Anda tahu ke?? Hehehe. Lagu ini menceritakan tentang kisah sedih seorang anak yang ingin mahukan perhatian ibu bapa ataupun mereka mahukan sesuatu. Apa yang terjadi dengan anak itu?? Kenapa dia jadi begitu?? Jika anda ingin tahu apa yang terjadi??

Jom saksikan video kami.

BBM3410SATU - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)


VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)

Tragedi dan Seram.
Seram ke?? Tragedi ke?? Santau?? Dengki?? HEHEHE. Nak tahu apa yang terjadi dengan cerita ini? Jom lihat video terbaru daripada kami. Semua kena tengok!! Rugi kalau tak tengok. HAHAHA. 
Pengajaran: Jangan lah kita dengki sesama kita. Nanti anda akan dapat balasan yang setimpal. 

Saksikanlahh. 


BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)


VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

Serbuk Pencuci Baju
Hmm!!?? Boleh hilang ke semua kotoran dengan serbuk pencuci keluaran Galaxy ni? Haa nak tahu lebih serbuk pencuci yang kami cipta ini khas untuk individu yang suka pergi melancong. Jadi takpayah lah beli diluar, beli lah dengan kami. Pelbagai saiz dan reka bentuk yang berbeza, menarik dan senang dibawa kemana-mana sahaja. Tidak perlu pening kepala lagi nak pergi ke luar negara dengan bawa pencuci yang besar. Kami ada produk yang terbaik dari ladang. Hehehe. 

Nak tahu apa yang menarik dengan serbuk pencuci dari kami? Jom lihat hasil yang kami cipta khas. 


BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)


VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)

Vlog Temu Bual Pensyarah.
Video ini dihasilkan untuk mengetahui tentang penggunaan multimedia dalam pembelajaran di Universiti. Penggunaan multimedia ini dilihat sememangnya mempunyai banyak kelebihan yang membantu pensyarah dan pelajar. Oleh itu, kami telah menemu bual pensyarah iaitu Dr. Akmar Hayati binti Ahmad Ghazali. Bagi pelajar pula iaitu saudara bernama Nur Iqram Azim Naim bin Muhammad, pelajar bacelor komunikasi dalam bidang penyiaran.

Mari kita lihat dan dengar apa itu penggunaan multimedia dalam pembelajaran.


BBM3410SATU - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)


VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)

Video Fokus.
Video fokus ini adalah video yang memfokuskan kepada sesuatu barang, objek atau perkara. Dalam video fokus ini, perkara yang tidak boleh dilakukan adalah tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon kerana ia akan mengganggu fokus penonton. Dalam video ini haruslah ada jalan cerita supaya penonton dapat memahami apa yang ingin disampaikan. Setiap jalan cerita ada pengajarannya.

Selamat menonton video kami. 

BBM3410SATU - VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)


VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)

Vlog Konvokesyen UPM 2019.
Tugasan minggu ini mengenai suasana sekitar Majlis Konvokesyen UPM. Kami menemu bual 2 orang pelajar dan 2 pasangan ibu bapa yang berada di sana. Antara soalan yang kami tanya kepada pelajar adalah berkenaan dengan perasaan mereka, cabaran yang dihadapi, pesanan kepada yang bakal bergraduat dan sebagainya. Soalan kepada ibu bapa pula ialah tentang perasaan mereka dan harapan mereka. Kami dapat merasakan suasana yang sangat diimpikan oleh setiap pelajar. Kejayaan yang dicapai ini adalah berdasarkan usaha mereka sendiri.

Tahniah kami ucapkan kepada semua graduat. 


Saturday, 14 December 2019

BBM3410SATU - VIDEO 9 (ONE SHOT THREE LAYER)



VIDEO 9 (ONE SHOT THREE LAYER)

One Shot 3 Layer.
Video seterusnya ialah One Shot 3 Layer. Video ini juga fokuskan kepada ciri-ciri One Shot 3 Layer. Video hanya 1 rakaman dan menpunyai latar belakang pelakon dan pergerakan persekitaran yang lain. Selain itu, lokasi juga penting, kerana kami memerlukan tempat yang luas, sesuai dan ada pergerakan persekitaran kami. Alhamdulilah, kebetulan ada game di pusat sukan dan kami amat bersyukur dapat habiskan video yang mantap ini. 

Mari saksikan video kami. hehehe


BBM3410 - VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)


VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)

One Shot 2 Layer
Ini pula video One Shot 2 Layer. Ia sama sahaja dengan one shot 1 layer cuma ia berbeza sedikit. Video ini yang hanya diambil sekali sahaja dan tidak boleh disunting. Manakala 2 Layer pula ialah video yang hanya memperlihatkan 2 objek yang bergerak sahaja. Misalnya di dalam video ini objek yang bergerak adalah pelakon dengan pergerakan yang berlainan. Latar belakang video ini juga diambil kira kerana latar belakang tidak boleh ada objek yang bergerak kerana tidak menepati ciri-ciri one shot 2 layer. 
Jadi ini lah hasil daripada pembelajaran kami. Mari saksikan video kami.



BBM3410SATU - VIDEO 7 (ONE SHOT ONE LAYER)


VIDEO 7 (ONE SHOT ONE LAYER)

One Shot One Layer
One Shot iaitu video yang hanya diambil sekali sahaja dan tidak boleh disunting.
Untuk melakukan video ini sudah semestinya memerlukan kesabaran dan ketelitian. Banyak pengalaman yang melucukan semasa melaksanakan video. Segala usaha dan kerjasama yang dilakukan sangat mantap dan berhasil walaupun kami hanya 3 orang sahaja. hehehe. Terima kasih Prof sebab beri peluang untuk kami mempersembahkan bakat yang tidak pernah terfikir ada. Kami juga dapat belajar benda baru.

Saksikan lah persembahan daripada kumpulan kami. Hehehe. 

Friday, 13 December 2019

BBM3410SATU - FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)


 FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)

Flat Lay.
Fotografi FlatLay mempunyai teknik2 yang tertentu untuk mendapatkan gambar yang menarik dan cantik. Bagi menghasilkan gambar FlatLay ini, haruslah mengambil kira pelarasan telefon pintar supaya sudut yang diambil adalah tepat agar gambar tidak kelihatan senget ataupun tidak rata. Hasil tugasan ini, kami mengambil gambar daripada 4 sudut iaitu FlatLay (90Darjah), Half FlatLay (45Darjah), Quarter FlatLay (15Darjah) dan Zero FlatLay (0Darjah).  
Tugasan yang difokuskan ada 5 kategori iaitu, Barang, Manusia, Makanan, Minuman dan Tumbuhan. 

BBM3410SATU - FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)


FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA) 

Simpulan Bahasa
Semua orang sudah tentu tahu apa itu Simpulan Bahasa kan? Yang tidak tahu tu kemungkinan dia dalam golongan bayi-bayi. hahaha.
Dalam memahami simpulan bahasa ini bukan sahaja hanya dituturkan, tapi ia adalah salah satu bahan penyampaian maklumat atau mesej yang terkandung  di dalam simpulan bahasa itu. Ini adalah hasil 10 simpulan bahasa yang dipilih untuk menggambarkan maksud sebenar. 

Nak tahu maksud sebenar dalam simpulan bahasa ini berjaya disampaikan ataupun tidak? 
Jom kita lihat. 




Popular Posts