Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Buku Eh!!! Media Sosial ditulis
oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Media sosial mempunyai lapan bab
secara keseluruhannya. Bab satu mengandungi pengenalan mengenai media sosial. Media
sosial dilihat sebagai sebuah medium berguna yang boleh digunakan untuk
berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja serta menggalakkan penglibatan
pelajar. Selain itu, bab dua mengenai Twitter dan trend terkini. Dalam bab
tersebut terdapat pengkaji yang melakukan kajian tentang Twitter dan hasil
kajian mendapati Twitter menjadi pilihan pengguna setiap hari 313 juta
pengguna. Seterusnya, bagi bab ketiga mengenai Facebook masih digunakan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa Facebook ialah satu alat yang berkesan untuk interaksi
pelajar terutama dalam perbincangan aktiviti, kemahiran menulis dan membaca. Bab
keempat pula mengenai Instragram menyeronokkan. Instagram membantu dalam
mempelajari cara merakam video dan juga tonton cerita pendek. Ia juga memberi
peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian dan kongsi
pengetahuan.
Selain itu, bab kelima mengenai
penggunaan e-mel masih popular pada masa kini. Kajian berkaitan e-mel dalam bab
ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembangunan, penaiktarafan dan
pengesahan keberkesanan dan kelonggaran dalam pendekatan pengajaran bahasa. Bab
keenam pula menerangkan tentang blog di dalam kelas bahasa. Menulis blog
meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Bab ketujuh pula mengenai
isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab tersebut turut
menunjukkan kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Antara pengkaji
yang mengkajinya adalah Brandtzaeg (2012), Waheed et al. (2017), Baharah et al.
(2017), Normaliza Abd Rahim (2013) dan pelbagai lagi pengkaji yang mengkaji
tentang isu dalam rangkaian media sosial. Bab kelapan pula merupakan tentang
implikasi pedagogi. Menerusi bab ini, peranan guru dan pelajar turut
dinyatakan. Secara keseluruhannya, setiap bab mempunyai aktiviti-aktiviti yang
boleh dilakukan secara persendirian atau di dalam kelas. Selain itu, buku ini
dapat memberi pendedahan kepada pembaca mengenai media sosial dan kajian-kajian
yang dilakukan. Tambahan lagi, pembaca juga mendapat manfaat kerana buku ini
menunjukkan cara-cara membuka akaun media sosial.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza
Abd Rahim (2019). Eh! Media Sosial. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia
Terengganu.
Buku: Eh!!! Media Sosial
Harga: RM60.00
No comments:
Post a Comment