Sunday, 15 December 2019

BBM3410SATU - VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)


VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)

One Shot 3 Layer - SAYA TAHU
Lagu yang dicipta sendiri oleh Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim yang bertajuk Saya Tahu. Anda tahu ke?? Hehehe. Lagu ini menceritakan tentang kisah sedih seorang anak yang ingin mahukan perhatian ibu bapa ataupun mereka mahukan sesuatu. Apa yang terjadi dengan anak itu?? Kenapa dia jadi begitu?? Jika anda ingin tahu apa yang terjadi??

Jom saksikan video kami.

BBM3410SATU - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)


VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)

Tragedi dan Seram.
Seram ke?? Tragedi ke?? Santau?? Dengki?? HEHEHE. Nak tahu apa yang terjadi dengan cerita ini? Jom lihat video terbaru daripada kami. Semua kena tengok!! Rugi kalau tak tengok. HAHAHA. 
Pengajaran: Jangan lah kita dengki sesama kita. Nanti anda akan dapat balasan yang setimpal. 

Saksikanlahh. 


BBM3410SATU - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)


VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

Serbuk Pencuci Baju
Hmm!!?? Boleh hilang ke semua kotoran dengan serbuk pencuci keluaran Galaxy ni? Haa nak tahu lebih serbuk pencuci yang kami cipta ini khas untuk individu yang suka pergi melancong. Jadi takpayah lah beli diluar, beli lah dengan kami. Pelbagai saiz dan reka bentuk yang berbeza, menarik dan senang dibawa kemana-mana sahaja. Tidak perlu pening kepala lagi nak pergi ke luar negara dengan bawa pencuci yang besar. Kami ada produk yang terbaik dari ladang. Hehehe. 

Nak tahu apa yang menarik dengan serbuk pencuci dari kami? Jom lihat hasil yang kami cipta khas. 


BBM3410SATU - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)


VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)

Vlog Temu Bual Pensyarah.
Video ini dihasilkan untuk mengetahui tentang penggunaan multimedia dalam pembelajaran di Universiti. Penggunaan multimedia ini dilihat sememangnya mempunyai banyak kelebihan yang membantu pensyarah dan pelajar. Oleh itu, kami telah menemu bual pensyarah iaitu Dr. Akmar Hayati binti Ahmad Ghazali. Bagi pelajar pula iaitu saudara bernama Nur Iqram Azim Naim bin Muhammad, pelajar bacelor komunikasi dalam bidang penyiaran.

Mari kita lihat dan dengar apa itu penggunaan multimedia dalam pembelajaran.


BBM3410SATU - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)


VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)

Video Fokus.
Video fokus ini adalah video yang memfokuskan kepada sesuatu barang, objek atau perkara. Dalam video fokus ini, perkara yang tidak boleh dilakukan adalah tidak boleh memperlihatkan wajah pelakon kerana ia akan mengganggu fokus penonton. Dalam video ini haruslah ada jalan cerita supaya penonton dapat memahami apa yang ingin disampaikan. Setiap jalan cerita ada pengajarannya.

Selamat menonton video kami. 

BBM3410SATU - VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)


VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)

Vlog Konvokesyen UPM 2019.
Tugasan minggu ini mengenai suasana sekitar Majlis Konvokesyen UPM. Kami menemu bual 2 orang pelajar dan 2 pasangan ibu bapa yang berada di sana. Antara soalan yang kami tanya kepada pelajar adalah berkenaan dengan perasaan mereka, cabaran yang dihadapi, pesanan kepada yang bakal bergraduat dan sebagainya. Soalan kepada ibu bapa pula ialah tentang perasaan mereka dan harapan mereka. Kami dapat merasakan suasana yang sangat diimpikan oleh setiap pelajar. Kejayaan yang dicapai ini adalah berdasarkan usaha mereka sendiri.

Tahniah kami ucapkan kepada semua graduat. 


Saturday, 14 December 2019

BBM3410SATU - VIDEO 9 (ONE SHOT THREE LAYER)



VIDEO 9 (ONE SHOT THREE LAYER)

One Shot 3 Layer.
Video seterusnya ialah One Shot 3 Layer. Video ini juga fokuskan kepada ciri-ciri One Shot 3 Layer. Video hanya 1 rakaman dan menpunyai latar belakang pelakon dan pergerakan persekitaran yang lain. Selain itu, lokasi juga penting, kerana kami memerlukan tempat yang luas, sesuai dan ada pergerakan persekitaran kami. Alhamdulilah, kebetulan ada game di pusat sukan dan kami amat bersyukur dapat habiskan video yang mantap ini. 

Mari saksikan video kami. hehehe


BBM3410 - VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)


VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)

One Shot 2 Layer
Ini pula video One Shot 2 Layer. Ia sama sahaja dengan one shot 1 layer cuma ia berbeza sedikit. Video ini yang hanya diambil sekali sahaja dan tidak boleh disunting. Manakala 2 Layer pula ialah video yang hanya memperlihatkan 2 objek yang bergerak sahaja. Misalnya di dalam video ini objek yang bergerak adalah pelakon dengan pergerakan yang berlainan. Latar belakang video ini juga diambil kira kerana latar belakang tidak boleh ada objek yang bergerak kerana tidak menepati ciri-ciri one shot 2 layer. 
Jadi ini lah hasil daripada pembelajaran kami. Mari saksikan video kami.



BBM3410SATU - VIDEO 7 (ONE SHOT ONE LAYER)


VIDEO 7 (ONE SHOT ONE LAYER)

One Shot One Layer
One Shot iaitu video yang hanya diambil sekali sahaja dan tidak boleh disunting.
Untuk melakukan video ini sudah semestinya memerlukan kesabaran dan ketelitian. Banyak pengalaman yang melucukan semasa melaksanakan video. Segala usaha dan kerjasama yang dilakukan sangat mantap dan berhasil walaupun kami hanya 3 orang sahaja. hehehe. Terima kasih Prof sebab beri peluang untuk kami mempersembahkan bakat yang tidak pernah terfikir ada. Kami juga dapat belajar benda baru.

Saksikan lah persembahan daripada kumpulan kami. Hehehe. 

Friday, 13 December 2019

BBM3410SATU - FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)


 FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)

Flat Lay.
Fotografi FlatLay mempunyai teknik2 yang tertentu untuk mendapatkan gambar yang menarik dan cantik. Bagi menghasilkan gambar FlatLay ini, haruslah mengambil kira pelarasan telefon pintar supaya sudut yang diambil adalah tepat agar gambar tidak kelihatan senget ataupun tidak rata. Hasil tugasan ini, kami mengambil gambar daripada 4 sudut iaitu FlatLay (90Darjah), Half FlatLay (45Darjah), Quarter FlatLay (15Darjah) dan Zero FlatLay (0Darjah).  
Tugasan yang difokuskan ada 5 kategori iaitu, Barang, Manusia, Makanan, Minuman dan Tumbuhan. 

BBM3410SATU - FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)


FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA) 

Simpulan Bahasa
Semua orang sudah tentu tahu apa itu Simpulan Bahasa kan? Yang tidak tahu tu kemungkinan dia dalam golongan bayi-bayi. hahaha.
Dalam memahami simpulan bahasa ini bukan sahaja hanya dituturkan, tapi ia adalah salah satu bahan penyampaian maklumat atau mesej yang terkandung  di dalam simpulan bahasa itu. Ini adalah hasil 10 simpulan bahasa yang dipilih untuk menggambarkan maksud sebenar. 

Nak tahu maksud sebenar dalam simpulan bahasa ini berjaya disampaikan ataupun tidak? 
Jom kita lihat. 




BBM3410SATU - FOTOGRAFI 3 (POTRET & SWAFOTO)



FOTOGRAFI 3 (POTRET & SWAFOTO) 

POTRET & SWAFOTO
Disebabkan group kami hanya 3 orang sahaja jadi kami hanya buat 3 potret dan 5 swafoto. hehehe.
Dalam menghasilkan gambar potret, ada beberapa ciri-ciri bagaimana nak dapatkan gambar yang cantik dan menarik. Contohnya, jika kita fokus muka model, perkara yang perlu dilihat ialah kejelasan daripada segi bentuk muka, ataupun emosi, ini akan membuatkan gambar itu kelihatan luar biasa. 
Swafoto pula, ia lebih dikenali sebagai 'selfie'. Swafoto ialah gambar yang diambil oleh kita sendiri menggunakan kamera depan yang memfokuskan daripada bahagian atas bahu hingga ke atas kepala. Dalam gambar swafoto kami mengambil 5 gambar yang berlainan daripada kebiasaan. 

Nak tahu hasilnya? Mari saksikan video daripada kumpulan galaxy. 


Thursday, 5 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial



   Buku Eh!!! Media Sosial ditulis oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Media sosial mempunyai lapan bab secara keseluruhannya. Bab satu mengandungi pengenalan mengenai media sosial. Media sosial dilihat sebagai sebuah medium berguna yang boleh digunakan untuk berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja serta menggalakkan penglibatan pelajar. Selain itu, bab dua mengenai Twitter dan trend terkini. Dalam bab tersebut terdapat pengkaji yang melakukan kajian tentang Twitter dan hasil kajian mendapati Twitter menjadi pilihan pengguna setiap hari 313 juta pengguna. Seterusnya, bagi bab ketiga mengenai Facebook masih digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Facebook ialah satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajar terutama dalam perbincangan aktiviti, kemahiran menulis dan membaca. Bab keempat pula mengenai Instragram menyeronokkan. Instagram membantu dalam mempelajari cara merakam video dan juga tonton cerita pendek. Ia juga memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian dan kongsi pengetahuan.
   Selain itu, bab kelima mengenai penggunaan e-mel masih popular pada masa kini. Kajian berkaitan e-mel dalam bab ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembangunan, penaiktarafan dan pengesahan keberkesanan dan kelonggaran dalam pendekatan pengajaran bahasa. Bab keenam pula menerangkan tentang blog di dalam kelas bahasa. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Bab ketujuh pula mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab tersebut turut menunjukkan kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Antara pengkaji yang mengkajinya adalah Brandtzaeg (2012), Waheed et al. (2017), Baharah et al. (2017), Normaliza Abd Rahim (2013) dan pelbagai lagi pengkaji yang mengkaji tentang isu dalam rangkaian media sosial. Bab kelapan pula merupakan tentang implikasi pedagogi. Menerusi bab ini, peranan guru dan pelajar turut dinyatakan. Secara keseluruhannya, setiap bab mempunyai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan secara persendirian atau di dalam kelas. Selain itu, buku ini dapat memberi pendedahan kepada pembaca mengenai media sosial dan kajian-kajian yang dilakukan. Tambahan lagi, pembaca juga mendapat manfaat kerana buku ini menunjukkan cara-cara membuka akaun media sosial.

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh! Media Sosial. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Buku: Eh!!! Media Sosial
Harga: RM60.00

                                         
                                         

Popular Posts