Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Ulasan mengikut Bab 1
hingga 6 & Implikasi Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.
Di dalam Buku Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi ini ada 6 bab. Ulasan bab 1 iaitu kajian wacana, ia dapat
difahami dengan jelas dengan merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan,
ujaran dan interaksi. Ulasan bab 2 iaitu teori dan pendekatan wacana. Setiap teori
dan pendekatan analisis wacana dihuraikan dengan terperinci supaya boleh diguna
dalam analisis data yang diperoleh. Adalah wajar supaya pemilihan teori dan
pendekatan yang sesuai dan tepat diutamakan supaya huraian dan analisis data
dapat difahami dengan jelas. Terdapat beberapa teori yang terkandung dalam buku
tersebut iaitu Teori analisis wacana Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), VanDijk
(1977) Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) dan Teori
analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018d). Ulasan bab 3 iaitu analisis wacana
tekstual dan ujaran. Analisis setiap kajian ini digunakan dengan menggunakan teori
dan pendekatan analisis melalui wacana yang ada di dalam buku ini.
Ulasan bab 4 iaitu
strategi komunikasi. Menerangkan tentang strategi komunikasi yang meliputi
setiap pengenalan kajian2 yang berkaitan mengenai strategi komunikasi. Ulasan bab
5 iaitu taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Menunjukkan pendekatan
komunikasi yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran tulisan dan teks. Terdapat
16 jenis pendekatan dan mempunyai huraian yang tepat untuk menganalisis data
dengan lebih terperinci. Ulasan bab 6 iaitu analisis strategi komunikasi dalam
kalangan kanak-kanak. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan taksonomi
strategi komunikasi. Komunikasi seseorang itu akan lebih berkesan dan bermakna.
Ulasan bab 7 iaitu cadangan kajian akan datang. Kajian analisis wacana dan
strategi komunikasi dapat memberi kesan dalam pemahaman sebagai contoh cadangan
kajian adalah Bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media
sosial. Buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat mengenai bentuk
kajian wacana dan strategi komunikasi.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim, (2019).
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT.
Terengganu Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim (2014).
Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
Harga buku: RM20
No comments:
Post a Comment