Monday, 30 September 2019

BBM3410Satu2019: MASIH DI SINI



Pasti ramai yang mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bagi saya, pengalaman yang saya tidak dapat lupakan adalah semasa mengikuti kem kelas pada semester kedua yang diadakan di Gambang. Sampai sahaja di sana, kami akan memasang khemah sendiri. Setelah selesai, kami lakukan aktiviti bebas, kami menikmati suasana di dalam hutan dan ada air terjun yang tinggi dan sangat cantik pemandangannya. 

Pada sesi malam pula, kami adakan aktiviti berkumpulan. Kami adakan game menutup mata dan selesaikan misi dengan beberapa peringkat untuk habiskan misi. Sangat seronok pada malam itu. Setelah selesai, kami membuat bbq dan makan bersama-sama. Sangat seronok kerana dapat berkenalan dengan kawan baru dan dari situ kami dapat mengeratkan silaturahim sesama kawan. Selepas selesai, kami berkaraoke dan berhibur menari dengan kawan-kawan. Saya dan sesetengah rakan tidak tidur sampai ke subuh, kerana kami berkaraoke sampai ke subuh. Hehehe. Sangat menyeronokkan. Selepas subuh, hujan turun dengan lebat. Kawan kami yang sedang nyenyak tidur mereka bangun kerana khemah yang mereka tidur itu dikelilingi air. Hahaha. Selepas hujan berhenti, saya pula sambung tidur untuk setengah jam saja, kerana ada aktiviti senaman pagi dan berjalan menghirup udara segar. 

Pada pengalaman ini, saya sangat seronok, kerana kita dapat belajar sesuatu yang berharga kerana dapat kenal kawan baru, kongsi cerita, bergembira bersama mereka. Kenangan ini tidak akan saya lupakan, kerana ia sangat berharga dalam kehidupan saya dalam UPM. 

Sekian Terima Kasih. 












Friday, 27 September 2019

BBM3410Satu2019: NENEK DAN DATUK

SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK

Cerita ini mengisahkan tentang budak lelaki yang diberi nama Alim. Alim yang tidak sabar pulang ke kampung halamanya yang terletak di Kajang untuk bertemu dengan datuk dan neneknya yang sekian lama tidak bertemu. Alim sangat gembira pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan ayam dan itik belaan datuk dan neneknya. Tiba sahaja di kampung, Alim terus berlari untuk mencari ayam dan itik. Namun, haiwan belaan datuk dan neneknya tiada. Sebenarnya, nenek dan datuk beliau telah pindahkan haiwan belaan mereka ke reban yang baharu. Walaupun keadaan rumah dah reban yang sudah berbeza, Alim dan keluarga beliau sangat gembira dan mereka lebih rapat. 


(Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT)



JENIS-JENIS MULTIMEDIA

Jenis Multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ini seperti Blog, Twitter, Facebook, Instagram dan Youtube.
  1. Blog ialah dengan memuat naik kisah mengenai cerita tersebut di blog untuk dibaca oleh khalayak ramai. Blog jugak boleh memuat naik cerita dalam bentuk sinopsis ataupun cerita yang penuh. 
  2. Twitter juga boleh digunakan sebagai alat untuk menyebarkan cerita sosial. Akan tetapi Twitter mempunyai had perkataan jadi penulis haruslah  memuat  naik cerita yang ringkas dan boleh difahami oleh pembaca. 
  3. Dengan Facebook, cerita ini boleh disebarkan melalui muat naik video atapun gambar yang menarik bagi pembaca faham apa yang hendak disampaikan daam cerita itu. Pembaca juga boleh berkongsi cerita itu melalui facebook supaya cerita itu tersebar dengan luas. 
  4. Dengan adanya Instagram, pembaca dapat mengetahui cerita ini dengan lebih menarik dan unik. Dengan gambar yang unik dan penulisan yang baik pembaca akan berpuas hati dengan cerita ini. 
  5. Youtube pula sangat berguna, kerana di youtube penulis boleh muat naik video atau cerita pendek tentang cerita ini. Youtube mempunyai elemen teks, gambar dan suara yang boleh menarik perhatian penonton. 

Thursday, 26 September 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


Dalam etika penulisan blog, ada perkara yang perlu diberi perhatian dalam bentuk formal atau tidak formal dalam menulis blog dengan baik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. 



  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik yang akan menentukan tindakan pembaca sama ada meneruskan pembacaan, atau hanya berlalu pergi dari blog. Walaupun blog sangat bagus, tetapi jika tajuk blog tidak menarik, maka ia tidak berguna.  Sebab itulah tajuk sangat kritikal dan memainkan peranan paling besar dalam penulisan. Mendapatkan perhatian pembaca adalah sangat sukar.  Penulis harus tahu bahawa berjuta-juta artikel blog dipublish setiap hari, maka tiada pilihan lain selain daripada mencipta tajuk artikel yang benar-benar menonjol bagi pembaca. Ia perlu menarik perhatian dan membangkitkan perasaan ingin tahu.
  2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Penulis adalah insan bertanggungjawab untuk menghasilkan sebuah penulisan yang jelas dan boleh difahami oleh pembaca. Jika penulisan atau cerita yang menarik hati pembaca dapat mengekalkan untuk membaca blog tersebut dengan perasaan yang gembira kerana jalan cerita yang unik. Malah, jika pembaca suka dengan cerita didalam blog itu, mereka mungkin akan mengunjungi blog tersebut setiap kali ada cerita yang baru dan unik untuk dibaca dengan hati yang terbuka.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Penggunaan ayat juga penting dalam memberikan persembahan isi yang lebih menarik. Bagi penulis blog yang ingin blog mereka diterima kepada semua lapisan masyarakat untuk membaca, jalan cerita yang dikarang itu mestilah lebih menarik dan sampai kepada pembaca.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Sebagai seorang penulis, mereka harus memastikan hujah yang mereka akan sampaikan adalah formal ataupun tidak formal. Oleh itu, setiap maklumat mestilah mempunyai hujah yang terbaik dalam menghuraikan sesuatu perkara atau isu yang hendak diperkatakan. Kerana hujah yang terbaik perlu diletakkan di dalam blog supaya isi atau maklumat yang diberikan lebih dipercayai dan memahami bagi pembaca.
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Dalam penulisan haruslah dikaitkan dengan isu terkini. Kerana penulis tidak akan kecewakan pembacanya dengan cerita yang lapuk.  Sekiranya penulis gemar memuat naik berita terkini, maka penulis itu sangat peka dengan isu yang terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Dalam penulisan yang disampaikan mestilah menggunakan perkataan atau strukur ayat yang mudah dan difahami bagi pembaca. Jika perkataan yang digunakan sangat merumitkan, pembaca akan hilang mood untuk meneruskan membaca.
  7. Dapat dibaca dan difahami. Blog yang menarik dan unik mestilah jalan cerita yang mudah dibaca oleh pembaca dan pembaca juga sangat berpuas hati dengan karya yang dihasilkan. Oleh itu, penulis perlulah sentiasa memastikan hasil penulisannya dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca. Komunikasi antara penulis dan pembaca sangat penting. Ia kerana dapat mengeratkan lagi silaturahim ataupun karya seorang penulis yang berbakat.
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Bagi penulisan yang mempunyai maksud nilai-nilai murni ataupun moral juga menjadikan penulisan lebih berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi. Oleh itu hal ini amat penting dalam setiap penulisan kerana mesej itu dapat disampaikan dan memberi input kepada masyarakat.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan. Seorang penulisan itu seseorang yang sangat berpengalaman kerana menulis sesuatu yang menarik dan bermotivasi dalam penulisan pendidikan. Penulis itu telah menghasilkan penulisan yang benar dan ilmu pengetahuan yang disampaikan juga sangat berguna bagi generasi muda.


BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Professor Dr. Normaliza Abd. Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

SAYA FAHAM

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selama pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka





BBM3410Satu2019: DIRI SAYA

Assalammualikum WBT,

Saya Nur Syafiqah Anis binti Abu Bakar, diri ini dikenali dengan nama Anis oleh orang sekeliling. Saya merupakan anak jati dari Kluang, Johor Darul Takzim. Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik, 1orang abang dan 1 orang adik perempuan.

Saya juga seorang pelajar yang menuntut pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Alhamdulilah, tahun ini merupakan tahun akhir bagi pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda dan telah mengambil mata pelajaran BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Lengkap pengajian saya selama 4 tahun di UPM dengan ilmu yang dibekalkan untuk bawa bersama dalam bidang pekejaan kelak.


Popular Posts