Dalam
etika penulisan blog, ada perkara yang perlu diberi perhatian dalam bentuk
formal atau tidak formal dalam menulis blog dengan baik. Menurut Normaliza
Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019),
terdapat 10 cara menulis blog dengan baik.
- Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk yang menarik yang akan menentukan tindakan pembaca sama ada meneruskan pembacaan, atau hanya berlalu pergi dari blog. Walaupun blog sangat bagus, tetapi jika tajuk blog tidak menarik, maka ia tidak berguna. Sebab itulah tajuk sangat kritikal dan memainkan peranan paling besar dalam penulisan. Mendapatkan perhatian pembaca adalah sangat sukar. Penulis harus tahu bahawa berjuta-juta artikel blog dipublish setiap hari, maka tiada pilihan lain selain daripada mencipta tajuk artikel yang benar-benar menonjol bagi pembaca. Ia perlu menarik perhatian dan membangkitkan perasaan ingin tahu.
- Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Penulis adalah insan bertanggungjawab untuk menghasilkan sebuah penulisan yang jelas dan boleh difahami oleh pembaca. Jika penulisan atau cerita yang menarik hati pembaca dapat mengekalkan untuk membaca blog tersebut dengan perasaan yang gembira kerana jalan cerita yang unik. Malah, jika pembaca suka dengan cerita didalam blog itu, mereka mungkin akan mengunjungi blog tersebut setiap kali ada cerita yang baru dan unik untuk dibaca dengan hati yang terbuka.
- Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Penggunaan ayat juga penting dalam memberikan persembahan isi yang lebih menarik. Bagi penulis blog yang ingin blog mereka diterima kepada semua lapisan masyarakat untuk membaca, jalan cerita yang dikarang itu mestilah lebih menarik dan sampai kepada pembaca.
- Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Sebagai seorang penulis, mereka harus memastikan hujah yang mereka akan sampaikan adalah formal ataupun tidak formal. Oleh itu, setiap maklumat mestilah mempunyai hujah yang terbaik dalam menghuraikan sesuatu perkara atau isu yang hendak diperkatakan. Kerana hujah yang terbaik perlu diletakkan di dalam blog supaya isi atau maklumat yang diberikan lebih dipercayai dan memahami bagi pembaca.
- Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Dalam penulisan haruslah dikaitkan dengan isu terkini. Kerana penulis tidak akan kecewakan pembacanya dengan cerita yang lapuk. Sekiranya penulis gemar memuat naik berita terkini, maka penulis itu sangat peka dengan isu yang terkini.
- Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Dalam penulisan yang disampaikan mestilah menggunakan perkataan atau strukur ayat yang mudah dan difahami bagi pembaca. Jika perkataan yang digunakan sangat merumitkan, pembaca akan hilang mood untuk meneruskan membaca.
- Dapat dibaca dan difahami. Blog yang menarik dan unik mestilah jalan cerita yang mudah dibaca oleh pembaca dan pembaca juga sangat berpuas hati dengan karya yang dihasilkan. Oleh itu, penulis perlulah sentiasa memastikan hasil penulisannya dapat dibaca dan difahami.
- Dapat berkomunikasi dengan pembaca. Komunikasi antara penulis dan pembaca sangat penting. Ia kerana dapat mengeratkan lagi silaturahim ataupun karya seorang penulis yang berbakat.
- Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Bagi penulisan yang mempunyai maksud nilai-nilai murni ataupun moral juga menjadikan penulisan lebih berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi. Oleh itu hal ini amat penting dalam setiap penulisan kerana mesej itu dapat disampaikan dan memberi input kepada masyarakat.
- Berilmu untuk penulisan pendidikan. Seorang penulisan itu seseorang yang sangat berpengalaman kerana menulis sesuatu yang menarik dan bermotivasi dalam penulisan pendidikan. Penulis itu telah menghasilkan penulisan yang benar dan ilmu pengetahuan yang disampaikan juga sangat berguna bagi generasi muda.
No comments:
Post a Comment